blog visits up-to-date

Sunday, January 17, 2010

Teknik Pajak Gadai di Ar-Rahnu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Diharap anda dalam keadaan sihat dan ceria semua.

Ok, kita direct to the point...

Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek. hehe.. usual case kita nak?


Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu Agro Bank sementara saya mendapatkan pengalaman rakan saya memajak di Ar-Rahnu bank rakyat (saya belum lagi try dekat bank rakyat). Nanti saya cuba dptkan maklumat secepat mungkin.

Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)


Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00

Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

So saya sik berapa recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.


1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:
Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu

2. Ar-Rahnu Agro Bank:
Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711


Pengalaman memajak emas di Agro Bank.

Saya ada memajak emas 5 dinar (keluaran Public Dinar) seberat 21.25 gram di Agro Bank Satok.

Ini kerana Agro Bank boleh menerima dinar emas 916 untuk dipajakkan.


Dinar emas yang digadai
Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.

Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.

Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Bagi kes saya, saya ambil 60%

Nilai Marhum = RM2,301.37
Jumlah dipajak = RM1,380
Jumlah upah simpan = Rm82.84 (utk tempoh 6 bulan.. meaning hanya RM13.80 sebulan)


Kebaikan:

1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:

1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi-baloi.


Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas.

Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. sy ty kat agro bank HQ, KL tak terima dinar emas tapi terima bullion bar pula. kenapa jadi begitu? bole tak jelaskan? apa kata saudara telefon agro bank HQ utk kepastian.

    ReplyDelete
  2. ia terpulang kepada cawangan sesuatu tempat.. utk agro bank satok di kuching, tiada masalah utk menerima gold bullion, gold bar malah dinar emas..

    ReplyDelete