blog visits up-to-date

Friday, January 29, 2010

Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya… Posting kali ini saya ingin menyentuh satu isu yang agak sensasi iaitu skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang disiasat pihak berkuasa.

Sejak dari bulan Jun 2009 didapati banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia. Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.
Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)

Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)




Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas. Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa (klik sini). 

Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.

The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.
Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta  di dalam skim-skim cepat kaya. Pergh! banyak tu. 



Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya. Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.



Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2 iaitu:
1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat. sik maok nunggu.. mun dpt aritok meli esok dah pat untung =p elakkan pemikiran sebegini k

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie. Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

Merujuk kata-kata daripada Warren Buffett. Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia. Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.

Beliau pernah menyebut:
“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan).

Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.

Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.

Berikut adalah artikel berkenaan pelaburan emas sebenar, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya pada.
Anda boleh membacanya disini (klik sini)

Saya ada berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.

3. Sarch dalam Google – www.google.com  maklumat syarikat tersebut.

Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?

Mudah sahaja.
1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia di http://www.ssm.com.my/
2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat. Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.
Biasanya saya beli pakai kad kredit.

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti maklumat-maklumat yang kritikal.
    Antaranya:
1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan

Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini. Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata. Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon. Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)



Kesimpulan
1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur. Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.
3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.
4. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas di blog nie.

Wednesday, January 27, 2010

Bos, apa yang untung melabur emas?

Salam sejahtera pembaca sekalian,
Apa khabar??  bagus, sik bagus? biasa la hidup tok.. sik seindah mimpi.. cewahh.. alu kdak blog org lain dah..

Okeh, we back to topic.. Banyak komen yang saya terima melalui emel, persoalan biasa melalui facebook dan perbualan seharian.. Soalan pertama yang selalu timbul ialah.. Macam mana dapat untung dengan melabur dalam bentuk emas. Okeh, I will explain here.

Pertama sekali, benda paling pokok dlm pelaburan emas ialah MEMBELI emas pada harga rendah, MENJUAL pada harga yang tinggi. Ingat ayat ini sampai bila-bila okeh.. =)

Ok.. Disini saya akan memberikan contoh terbaik yang akan dapat memahamkan anda sekalian..


Pada 1 July 2009 saya telah membeli emas 50 gram. Untuk membeli emas, saya perlu melihat harga WE SELL, so harga pada hari itu ialah RM5,662.00. Saya beli emas dengan dealer Public Gold, dapat emas dan saya simpan di tempat yang selamat..

Simpan punya simpan, after 6 month saya check balik harga pada hari ini 27/1/2010. Kalau saya berniat hendak menjual emas pada hari ini, saya perlu lihat ruangan WE BUY yang mana menunjukkan harga hari ini ialah RM6,195.00.. Jom kita belajar mengira berapa keuntungan kita sekarang..

Di sini kita dapat mengira berapa keuntungan sekarang.. Caranya mudah saja:

= [(Harga Hari Ini - Harga Waktu Membeli Emas) bahagi Harga Waktu Membeli Emas] x 100%

= [(RM6,195.00 - RM5,322.30) / RM5,322.30] x 100%

Peratus keuntungan adalah sebanyak RM872.72.. atau bersamaan dengan 16.40% keuntungan. Macam mana dapat nilai RM872.72?? 

Senang saja, RM6,195.00 - RM5,322.30 = RM872.72.. hehe. Baru 6 bulan, belom 1 tahun, 4-5 tahun =) 

Baru 6 bulan beb.. So, macam ini la cara mengira keuntungan emas. Kalau rasa nak simpan lagi, tunggu harga lebih naik, boleh.. takda masalah..

Kalau nak jual balik dan dapat keuntungan boleh jual emas anda itu dengan dealer2 Public Gold. Jangan lupa bawa sekali sijil emas tersebut k, kalau tidak anda akan di kenakan penalti bayaran tambahan =)

Secara purata, harga emas naik sebanyak 25% setahun.. Kelak saya akan membuat artikel perbandingan harga emas pada 5 tahun kebelakangan ini. Okeh.. Di harap artikel ini dapat membantu anda memahami bagaimana membuat untung dengan pelaburan emas...

Choice in your hand ... Chalo... =p

Sunday, January 24, 2010

Dinar Emas sebagai Emas Kahwin..


Salam, hari tok saya akan share part dinar emas sebagai emas kahwin bukan ceramah/kursus kahwin.. hehe.. Ok, first intro apa itu mas kahwin...
Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya serta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.
Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. 13 keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam. Fuiyo, do your own mathematic.. at that time mesti emas still kategori murah.. mun nektok mesti dah cecah RM7,500..
M. Nasir menyerahkan 13 Dinar Emas sebagai mahar kepada Marlia Musa


Contoh terdekat di Kuching, my own best friend Ahmad Danial Ridhwan dgn isterinya Haslina. 1 Dinar sebagai mahar.. I think they could be the first couple pakei dinar emas sebagai mas kahwin di Kuching zaman moden tok =) later i mintak courtesy nya tunjuk camne nya ngias dinar emas lam kotak =)
Dalam satu hadits lain, diriwayatkan oleh Muslim, Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah maskawin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.' Ia berkata: 'Maskawin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?' Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 'Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. Inilah mas kawin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para istrinya."
Sebagai mana yang kita sedia maklum, setiap tahun nilai mahar ( mas kahwin ) sentiasa meningkat sejajar dengan susutnya nilai duit kertas yang telah kita sedia maklum. Kalau zaman orang tua kita dolok duit hantaran dalam RM1000++. Tapi zaman tok mun  letak duit hantaran RM1000 orang dah tak pandang. Apa yang menjadi kebiasaan nektok, nilai duit hantaran depend dengan education bakal isteri. Diploma pun paling rendah RM6000, itu belum yang blaja degree. 



Kalau kita simpan duit kertas untuk kawen, mungkin masa kita dah mula bekerja. Nilai duit hantaran pada masa ya RM6000 (tahun 2009). Dan kita dah simpan RM6000 untuk kawen 5 tahun lagi (tahun 2014).

Contoh 1: Mungkin pada masa 5 tahun akan datang. Nilai masa kahwin dah naik ke rm10,000. Jadi mcm tidak berbaloi simpanan kita tu. Kita terpaksa menyimpan additional rm4,000 jika pada masa ya keluarga mertua mintak RM10,000 sebagai duit hantaran. Bcoz kita cuma simpan RM6000.. 

Contoh 2. Seperti mana yang kita sedia maklum, kenaikan harga emas dalam anggaran 25% setahun. Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun. (5 tahun x 25% = 125%). Banyak nak kenaikan harga emas. Dalam masa 1 tahun kita boleh simpan 12 dinar emas dengan harga belian sekeping RM550 (harga pasaran nektok www.publicdinar.com).

Tahun 2010 : RM 550 (harga nektok) x 12 keping dinar emas = RM 6600
Tahun 2011 : RM 6600 x 25% = RM 1650 + RM 6600 = RM 8250.00
Tahun 2012: RM 8250 x 25% = RM 2062.00 + RM 8250 = RM 10,312.00
Tahun 2013 : RM  10,312.00 x 25% = RM 2203.13 + RM 10,312.00 = RM 12,890.63
Tahun 2014: RM 12,890.63 x 25% = RM 3222.66 + RM 12,890.63 = RM 16,113. 30


Cuba bayangkan, dengan simpanan dinar pada tahun 2010 sebanyak 12 keping dengan harga RM6,600. Nilai dinar kita pada masa 2015 akan datang bernilai RM16,113. 30. Dah, sik larat gik ngira.. but you all mesti dah dpt my point nak? =)












Dengan cara ini bukan sahaja simpanan kawen kita terjamin tapi siap mempunyai lebihan lagi. Semoga dengan artikel ini. Anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai mas kawen/simpanan utk duit hantaran. Cara ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.. sebagai saving sampei masa sidak dah besar makei blaja klak =) Banyak lagi kelebihan dinar emas. Nilai emas tidak susut macam nilai mata wang, malah semakin naik.. Just my two cents~ 

1 Dinar
5 Dinar

10 Dinar


Choice In Your Hand =)

Tips-Tips Emas bila harga turun


Salam sejahtera 
Wokeh, di sini saya nak share  beberapa tips utk kitak orang semua......

Situasi 1: Pelabur EMAS
"masa turun tok aku maok tambah stok lagik.....bestnyaa bila naik harga kakya...so cari dealer2 berhampiran....xda duit roling....pegi ar rahnu...agro bank..cepat2"

Situasi 2: Pembeli EMAS
"rasa macam malas dah melabur dalam emas...nak melabur dlm tempat/bakul lain gik.....jual emas anda pada saya & dealer2 berhampiran"

Situasi 3: Peniaga Emas
"bagus aku tambah stok untuk diri sendiri........peduli apa harga naik ke turun....jangka masa panjang pun emas naik harga jugak...kan kan kan??"

Situasi 4: Ragu-Ragu dengan EMAS
"suka hati kitak orang lah sia dengan EMAS tak orang.....aku dah cukup makan...cukup pakai.....duit aku simpan je dalam peti besi banyak2...ada 1 juta......thn depan pun nilai 1 juta jugak.........nak pakai ambil la rm100.....rm1000 ke...sikit2 aku ambik sampey nya abis....."

Situasi 5: Pemerhati Emas....
"aku kena ambil tindakan drastik......kena beli emas banyak2 ini......klak harga naik kepada USD1500....aku terngangak nangar pelabur2 emas makin kaya......... keh keh keh....."

Situasi 6: Bakal Dealer
"baik aku sendiri jadi tokey emas...dapat komisen 1.5%....untung buy back....spekulasi harga emas......boleh bagitau kawan2 yang ramai lagi tak tahu pasal pelaburan emas ini....9/10 pendapatan dari perniagaan"

So kawan-kawan, buatlah pilihan yang Bijak.... Peace!~ 

Saturday, January 23, 2010

Stok Available

For bakal pelabur di sekitar sarawak.. Berita baik untuk anda...
Stok ada rah saya buat masa tok.. sapa cepat nya dpt, sapa sik dpt tpaksa nunggu ada stok gik lah =p

Stok Emas yang ada pada saya:

1 Dinar



5 Dinar 
10 Dinar
20g Gold Bar
50g Gold Bar
50g Gold Coin
100g Gold Bar

For enquiry of price & how to deal to get the stock.. contact me at 019-8884452.. leave ur message and your name or call me directly

My Collection's






wokehzz.. =) selling fast..

Tuesday, January 19, 2010

Berita Baik Untuk Pembeli Emas Public Gold & Public Dinar Di Sarawak

Assalamualaikum, berita baik untuk pembeli atau bakal pembeli emas di sarawak (kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Gedong, Pusak).

with Mr Louis Ng, CEO of Public Gold

Kini, anda boleh terus buat pesanan kepada saya sementara stok emas yang tersenarai seperti post sebelum ini sudah ada di tangan saya dengan sijilnya sekali. Sila call saya terus di talian 019-8884452. Untuk melihat harga semasa emas Public Gold dan Public dinar saudara/saudari boleh lah melayari www.publicgold.com & www.publicdinar.com.my

Rebutlah peluang ini untuk membeli emas public gold dimana spreadnya amat rendah berbanding kedai emas biasa di sarawak, percayalah.

Sekian, Wasssalam.

Apa itu ASET & Apa itu LIABILITI ?

Salam Sejahtera pembaca setia; cewahh .. ada ka yang setia? hehehe...

Ok... Kali ni, saya akan berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal ASET dan macam mana nak kenal LIABILITI. Tahukah anda apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN" paling kurang pun berjaya membuat keputusan terbaik dlm kehidupan kita... Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan membeli LIABILITI. Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI. Orait.. let's go for detail... =)

Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) wang tunai anda bertambah

....CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA

(2) harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu

....CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif

....CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH.

(4) pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif

....CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF. tiada hutang tertunggak dari penyewa.. hehe

Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) wang tunai anda berkurangan

...CONTOHNYA dengan berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat.. kadang2 I pun dlm kategori ini

(2) harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu

...CONTOHNYA dengan membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif

...CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif

...CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF. mendapat penyewa yg durjana, mala delay payment sampei 3 bulan.. mok dpt ilmu tok better refer buku Azizi Ali lah.. Jutawan Rumah  =p

(5) hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai

...CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI..

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG kurang bijak ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG Bijak ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "

Slide Presentation En Syukor admin website Jutawanemas.com : Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

To download just click ---> presentation



 selesaikan hutang
 menambahkan income anda tanpa perlu bekerja sampingan
 menjana simpanan/ pelaburan untuk masa depan yang amat menguntungkan
 menyelamatkan wang anda di zaman ekonomi gawat dan juga inflasi yang tinggi ini
membantu anda menjana kekayaan dengan teknik - teknik rahsia emas

CLICK -> RAHSIA EMAS

Sunday, January 17, 2010

Teknik Pajak Gadai di Ar-Rahnu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Diharap anda dalam keadaan sihat dan ceria semua.

Ok, kita direct to the point...

Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek. hehe.. usual case kita nak?


Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu Agro Bank sementara saya mendapatkan pengalaman rakan saya memajak di Ar-Rahnu bank rakyat (saya belum lagi try dekat bank rakyat). Nanti saya cuba dptkan maklumat secepat mungkin.

Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)


Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00

Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

So saya sik berapa recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.


1. Ar-Rahnu Bank Rakyat:
Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini:
http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu

2. Ar-Rahnu Agro Bank:
Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711


Pengalaman memajak emas di Agro Bank.

Saya ada memajak emas 5 dinar (keluaran Public Dinar) seberat 21.25 gram di Agro Bank Satok.

Ini kerana Agro Bank boleh menerima dinar emas 916 untuk dipajakkan.


Dinar emas yang digadai
Prosesnya pun mudah juga. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas. Pegawai Agro Bank meminta saya sertakan resit pembelian emas untuk disimpan.

Bagi Agro Bank, anda boleh memohon untuk mendapat 50% atau 60% atau 70% daripada nilai gadaian.

Semakin tinggi nilai gadaian, maka semakin tinggi upah simpan yang dikenakan kepada penggadai.

Bagi kes saya, saya ambil 60%

Nilai Marhum = RM2,301.37
Jumlah dipajak = RM1,380
Jumlah upah simpan = Rm82.84 (utk tempoh 6 bulan.. meaning hanya RM13.80 sebulan)


Kebaikan:

1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 50%, 60% atau 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.

Kelemahan:

1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

Apa tunggu lagi.. mulakan simpanan emas anda sekarang! untuk long term memang berbaloi-baloi.


Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas.

Sekian terima kasih.

Friday, January 15, 2010

Usage Of Gold Dinar

The usage of gold Dinar.

Dinar can be used as saving/investment
- It can be used to pay zakat
- It can be used as a Mahr (Mas Kahwin)
- It can be used as a gift
- It can be used to buy and sell as it is a legitimate medium of exchange .


Used as saving

Gold have intrinsic value. Due to its beauty, rare and unique nature, gold is valued by mankind. Since 5000 years ago until today, mankind still value gold. Historically, gold has been a proven method of preserving value when a national currency was losing value. By saving a portion of gold as your asset you already have a good financial insurance policy.



It can be used to pay zakat

The literal meaning of the word Zakat is: grow (in goodness) or 'increase', 'purifying' or 'making pure'. The vital importance of Zakat is reflected in Islamic law:
"My mercy encompasses all things, but I will specify it for the righteous who give Zakat" (7:156).
Zakat must be given away "on the day of harvest" (6:141).


Zakat can only be paid with tangible merchandise, called in Arabic 'ain. It cannot be paid with a promise to pay or a debt, called in Arabic dayn.

From the beginning the zakat was paid with dinars and dirham. Most significant is that the payment of zakat was never allowed in paper money during all the ottoman period right until the fall of the Caliphate.

Under Islamic law Zakat is a form of Muslin tithing to God for the support of the less fortunate or jihad and it is to be paid in gold or silver, not paper currencies without any intrinsic value.

Paper-money is called fulus, because it only represents money and does not have value as merchandise. It follows that since Zakat cannot be paid in fulus, which has no value as merchandise, it cannot be paid in paper-money, which value as weight of paper is null.

On this basis, it becomes clear the urgent need to restore the use of the Dinar and the Dirham as payment of Zakat.

Source:
1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html


It can be used as a Mahr (Mas Kahwin)

The mahr (dowry) is something that is paid by the man to his wife. It is paid to the wife and to her only as an honor and a respect given to her and to show that he has a serious desire to marry her and is not simply entering into the marriage contract without any sense of responsibility and obligation or effort on his part.
One of the more common names for it is Al-Sadaaq which comes from the word sidq meaning honesty or sincerity. As-San'aani (Book: Subul As-Salaam) explains its significance: "It indicates the sincerity of the husband's desire for his wife. In the religious laws before us the dowry used to go to the guardians."
In Malaysia, for example, one of the famous artists that use dinar as Mahr is M. Nasir when he marries Marlia Musa.
Their mahr is 13 pieces of gold Dinar.

Details can be read here: M. Nasir Wedding

It can be used as a gift

Since gold is beauty, rare, have its own intrinsic value, increase in value over the time and cannot be destruct. It can be a very good gift. This precious metal will be appreciated by human. That is why we can see the older generation passing gold to the younger generation via gold jewelry and other form of gold i.e. Ring, necklace, bracelet, gold coin etc.



It can be used to buy and sell as it is a legitimate medium of exchange.

Gold is money. Why? Because it fulfills, to an extent unmatched by any other physical commodity (Silver comes closest), all the pre-requisites of a money. It was rare and prized long before the concept of "money" was ever discovered. It has many other unique uses, and always has had.

Gold's beauty, scarcity, unique density (no other metal outside the platinum group is as heavy), and the ease by which it could be melted, formed, and measured made it a natural trading medium. Gold gave rise to the concept of money itself: portable, private, and permanent.

But for nearly three thousand years (since the first Gold coins were struck in Lydia in 700 BC) Gold's primary utility has been recognized as a MEDIUM OF EXCHANGE.
The history of Gold as money in modern coin form spans 2630 years, from 700 BC to about 1930 AD. The history of nothing but paper and base metal and silver coin in circulation spans about 40 years from 1930 to 1970. And the history of paper and base metal coin as "money", with no connection to Gold (or silver) anywhere on earth also spans a period now approaching 40 years - from 1970 to date.

Resources:
1. http://www.the-privateer.com/gold1.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_money
3. http://www.onlygold.com/tutorialpages/HistoryFS.htm

Thursday, January 14, 2010

Komen Dato' Salleh Majid. Bekas CEO BSKL Tentang Emas.

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.
Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.
Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.



DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Arkib Utusan Malaysia / 14-11-2009

Monday, January 11, 2010

Pelaburan Emas Melalui Dinar Emas Public Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya…

Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

- 1 dinar
- 5 dinar
- 10 dinar.



Spesifikasi dinar emas Public Gold.

Gambar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar (klik untuk besarkan)




Sijil ketulenan





Bagi setiap pembelian dinar emas Public Gold, anda akan mendapat sijil ketulenan.

Gambar: Sijil ketulenan dinar emas Public Gold (kad berwarna merah)

Harga jualan dinar Public Gold



Harga dinar emas Public Gold dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah mengikut harga emas antarabangsa.

Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web (Public Dinar)


Gambar: Harga harian dinar Public Gold



Harga yang dipaparkan adalah harga bersih.
Tidak ada sebarang kos tambahan seperti minting dan delivery.

Jika anda berminat untuk membeli dinar emas ini maka anda boleh membaca kaedah jual belinya disini:

Kesimpulan.

Salah satu cara membuat pelaburan emas dengan cara yang termudah ialah dengan membeli dinar emas. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.

Selain rupanya yang cantik, dinar emas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia boleh digunakan sebagai mas kahwin, membayar zakat dengan lebih tepat, sebagai hadiah kepada orang tersayang serta penyimpan nilai yang unggul.

Selamat membuat pelaburan emas!!

Introduction of Dinar

What Is Dinar?
Basically, Dinar is a gold coin.
The World Islamic Trading Organisation following the standard of caliph Umar Ibn al-Khattab, established the following standard:
DINAR Weight: 4.25 grams
Alloy: 22 carats (0.916) Gold
Diameter: 23 millimeters

According to Islamic Law...

The Islamic gold dinar (sometimes referred as Islamic dinar or Gold dinar) is a bullion gold coin made from 4.25 grams of 22-carat gold with historical Islamic significance.

Gold dinar may also refer to various historic gold coins denominated in dinars.

The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams.

Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent to 10 dirhams."

"The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc., therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment [of zakat, etc.] upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i [other coins].

Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals [weight of the dinar] of gold. . . The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains. All these measurements are firmly established by consensus." Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah

Sunday, January 10, 2010

ZAKAT EMAS & PERAK

Syariat mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Oleh itu, pemiliknya wajib membayar zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
Kadar nisab bagi emas ialah 20 misqal bersamaan kira-kira 85 gram emas. Manakala nisab bagi perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan kira-kira 595 gram perak.

Wanita yang memakai emas dan perak (tidak melebihi uruf – had berlebihan) sebagai hiasan tidak dikenakan zakat kerana ia dikategorikan sebagai perhiasan wanita.

Tetapi sekiranya emas dan perak itu dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka ia wajib dikeluarkan zakat kerana ia sudah keluar daripada tujuan asalnya iaitu perhiasan kepada barang simpanan. Kadar zakat ialah 2.5% daripada nilai emas dan perak yang cukup syarat-syaratnya.

(Petikan Di Sini)

Klik utk pengiraan zakat emas: Kalkulator Zakat Emas

Saturday, January 9, 2010

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.

Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..

Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?

Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… nak tau?

Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya.

Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


Ringgit Malaysia – wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.



Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.



Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi.

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas?


Memang sah tak bagus

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.

Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas

Simpan wang = Simpan emas

Macam mana nak mulakan Pelaburan Emas??

Salam sejahtera pembaca semua.

Saya seringkali menerima pertanyaan daripada kawan-kawan bertanya tentang pelaburan emas manakah yang terbaik.

Memandangkan sik ada jawapan yang khusus untuk soalan tok, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas tok terjawablah semua persoalan ya..

Antara persoalan-persoalan yang perlu kitak ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau sik? Modal anda besar kah kecik? Ada masalah menyimpan kah sik?

Posting tok adalah panduan asas semata-mata, kitak boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan sik ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas
2. gold bar.

Mun susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank. link nya ada rah tepi under 'Harga Emas'.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.



Pilihan kedua:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.











p/s: Mun anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold @ Public Dinar sebagai pilihan pertama. .

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Mun anda sik minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

link both akaun tok ada rah side bar under 'Harga Emas'

Posting tok hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. No problem. Mun ada persoalan, maka letakkan soalan anda di ruangan komen kat bawah. InsyaAllah saya akan cuba bantu.

Friday, January 8, 2010

Kajian Kes: Wang Kertas Bukan Kekayaan Terunggul

Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah. Cuba kitak pegang wang kertas RM50 seperti ini..



Ia hanyalah beberapa keping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50 atau RM500 atau maybe lebih dari ya.

Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”
Jawapan.. Boleh.. senang gilak.

Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar

Ingat lagi duit syilling RM1.00?? Juz tunggu arahan kerajaan duit itu tiada nilai, sekelip mata sudah tidak di guna pakai lagi..



Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Kenapa kita perlu menyimpan emas?

Sebelum maok mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,
adalah penting bagi kita mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dolok.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah
bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman dolok, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang ada memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Mun kita memiliki banyak emas pada zaman tok, Kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga emas sik boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan
kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab ya lah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sik boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

mudah di faham nak? tok the very basic things we should know before go for next step..

Untung kah sik loan ngan bank makei beli emas???



Untuk orang yang molah pinjaman bank @ personal loan, sigek tok jak benda perlu difikirnya…

- Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
- Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

B4 ya, ada pen? kertas kosong? kalkulator hp mbak keluar jwak.. kita main kira-kira sikit.. part duit mesti la men kira benar2 nak? orait... juh, teruskan membaca...

ok.. berdasarkan research/kajian, harga segram emas tahun 1994 adalah RM32/gram.. Katalah masa ya ktk nak ngeloan RM10,000 dari bank which means ktk meli emas dlm 312.5 gram utk nilai RM10,000 ya tek (RM10,000/RM32 = 312.5 gram).. Loan period @ tempoh masa bayar balit ambik paling maksimum pinjaman selama 15 tahun..Katalah interest dlm 4-5% masa ya so after tambah interest jumlah perlu dibayar balit ngan bank dlm RM15,000..

Simpan punya simpan, after 15 tahun which mean tahun 2009 ya tek hutang ngan bank dah abis tanpa kita sedar.. Berdasarkan rekod Pada December 2009, harga emas masa ya udah mencapai RM140 segram.. Part tok paling best, kira untung... Untuk tempoh 15 tahun ya emas udah nait 337.5% [(RM140 -RM32) / RM32 ]x 100%) dari harga tahun 1994..

(harga 1994 = 312.5 gram emas x RM32) = RM10000 + (RM5000 interest) = RM15,000

(harga 2009 = 312.5 gram emas x RM141) = RM44062.50


Untung bersih = (RM44,062.50 - RM15,000.00) = 29,062.50 @ untung sebanyak 193.75%

hah?? sik percayak kah? kira balit.. padam balit apa tulis tek... Tuan-tuan dan puan-puan, abang-abang, adik kakak.. betol lah apa dikira ktk orang ya.. Ya lah keuntungan yg diperolehi... nyesal owh sik meli time rega tahun 1994 ya nak..

Trend emas utk 5 tahun kebelakangan tok...



p/s: untung ka sik untung?? tepuk dada jawab sendirik

Dah start nyimpan emas kah belom???

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.


Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah sigek kelebihan emas ialah ianya dipilih oleh manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Tok disebabkan oleh kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata kita
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Sik boleh dibinasakan
4. Susah nak diperolehi

Dengan ciri-ciri unik tok emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia especially kaum hawa.

Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan sik akan susut nilainya.. makin nait ada lah…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang..

Kepada pembeli emas sekitar sarawak (area Kuching, Bintulu, Miri, Samarahan) yg berminat nak meli emas dlm bentuk syilling or gold bar boleh la kontek saya di email jutawanmudagold@gmail.com