blog visits up-to-date

Friday, January 29, 2010

Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya… Posting kali ini saya ingin menyentuh satu isu yang agak sensasi iaitu skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang disiasat pihak berkuasa.

Sejak dari bulan Jun 2009 didapati banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia. Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.
Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)

Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)




Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas. Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa (klik sini). 

Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.

The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.
Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta  di dalam skim-skim cepat kaya. Pergh! banyak tu. 



Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya. Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.



Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2 iaitu:
1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat. sik maok nunggu.. mun dpt aritok meli esok dah pat untung =p elakkan pemikiran sebegini k

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie. Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

Merujuk kata-kata daripada Warren Buffett. Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia. Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.

Beliau pernah menyebut:
“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan).

Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.

Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.

Berikut adalah artikel berkenaan pelaburan emas sebenar, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya pada.
Anda boleh membacanya disini (klik sini)

Saya ada berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.

3. Sarch dalam Google – www.google.com  maklumat syarikat tersebut.

Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?

Mudah sahaja.
1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia di http://www.ssm.com.my/
2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat. Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.
Biasanya saya beli pakai kad kredit.

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti maklumat-maklumat yang kritikal.
    Antaranya:
1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan

Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini. Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata. Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon. Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)



Kesimpulan
1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.
2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur. Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.
3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.
4. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas di blog nie.

No comments:

Post a Comment