blog visits up-to-date

Friday, January 8, 2010

Kenapa kita perlu menyimpan emas?

Sebelum maok mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,
adalah penting bagi kita mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dolok.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah
bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman dolok, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang ada memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Mun kita memiliki banyak emas pada zaman tok, Kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga emas sik boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan
kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab ya lah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sik boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

mudah di faham nak? tok the very basic things we should know before go for next step..

No comments:

Post a Comment