blog visits up-to-date

Saturday, January 9, 2010

Macam mana nak mulakan Pelaburan Emas??

Salam sejahtera pembaca semua.

Saya seringkali menerima pertanyaan daripada kawan-kawan bertanya tentang pelaburan emas manakah yang terbaik.

Memandangkan sik ada jawapan yang khusus untuk soalan tok, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas tok terjawablah semua persoalan ya..

Antara persoalan-persoalan yang perlu kitak ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau sik? Modal anda besar kah kecik? Ada masalah menyimpan kah sik?

Posting tok adalah panduan asas semata-mata, kitak boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan sik ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas
2. gold bar.

Mun susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank. link nya ada rah tepi under 'Harga Emas'.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.



Pilihan kedua:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.











p/s: Mun anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold @ Public Dinar sebagai pilihan pertama. .

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.

Jawapan: Mun anda sik minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

link both akaun tok ada rah side bar under 'Harga Emas'

Posting tok hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. No problem. Mun ada persoalan, maka letakkan soalan anda di ruangan komen kat bawah. InsyaAllah saya akan cuba bantu.

3 comments:

  1. 1. cne kmk nak meli syiling dinar ya? mana2 kedei emas ada juak ka?

    2. cne kmk nak jual balit emas ya? kat kedei emas juak?

    ReplyDelete
  2. watashi no unmei said...
    1. cne kmk nak meli syiling dinar ya? mana2 kedei emas ada juak ka?

    2. cne kmk nak jual balit emas ya? kat kedei emas juak?

    answers:

    1. emas public gold / public dinar leh carik kmk as dealer..

    2. boleh jual balit rah kdey emas tp untuk pulangan maksimum, carilah mana2 dealer2 public dinar/public gold.. carik kmk pun boleh..

    ReplyDelete