Public Fine Gold International Sdn Bhd   ialah nama sebenar bagi kedai Emas Public GoldKedai Emas Public Fine Gold atau Public Gold berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Kedai Emas Public Gold mengeluarkan emas jenis gold bar dan dinar emas.
Untuk pengetahuan anda Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record”  sebagai pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.
Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram.
Untuk pengetahuan anda, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer. Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Setelah assayer menjalankan ujian atau ekperimen terhadap logam berkenaan dan berpuas hati dengan ketulenan berkenaan, maka assayer tersebut akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan. (What is Assayer)
Contohnya gold bar yang terkenal dan berjenama seperti PAMP Suisse akan mempunyai “Assay Certificate“.
Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.
Teknik Assay Emas terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh assayer untuk menguji ketulenan emas contohnya Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (bahasa ringkas Fire Assay) dan Induction Couple Plasma, icp-oes or icp-ms.
Untuk gold bar Public Gold, teknik yang digunakan adalah Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (Fire Assay).
Dalam kaedah ini, sampel gold bar akan diambil, dimasukkan ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga  1064° C (suhu dimana emas akan melebur).
Kemudian emas yang melebur ini akan diuji ketulenannya dengan proses-proses tertentu.
Untuk mengetahui proses secara detail tentang fire assay klik (kat sini)
Tips: Bagaimana kita boleh menguji ketulenan emas?
Bagi orang biasa cara termudah untuk kita mengetahui ketulenan emas ialah dengan menggunakan mesin precious metal tester. Biasanya mesin ini ada di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro bank atau mana-mana Ar-Rahnu.
Dengan pencapaian ini, ia sedikit sebanyak menaikkan nama Public Gold sebagai pengeluar gold bar yang berkualiti.
Bagi rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa gold bar Public gold adalah setanding dengan gold bar terkemuka yang lain seperti PAMP Suisse. Jika anda berminat mendapatkan emas Public Gold, anda boleh menghubungi Agen Public Gold  yang berhampiran dengan tempat anda atau terus menghubungi saya di talian 019-8884452.

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold dan menjual gold bar dan dinar emas keluaran mereka, silalah menghubungi saya atau menggunakan contact form yang tertera di atas blog ini.
Selamat  berjaya dalam membuat pelaburan emas daripada saya admin jutawanmudagold.blogspot.com
Sumber Artikel (penambahan 10%):
jutawanemas.com