blog visits up-to-date

Saturday, March 6, 2010

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Beralih Kepada Emas





Emas
Wang Kertas
·    Tiada susut nilai dan inflasi. Pada zaman  Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar.  Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM570.00.    
  (1 Dinar = 4.25gm). 
Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.
·    BERNILAI kerana ia logam.
DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja.
·    Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau,
Laku pada waktu aman sahaja.  Contoh depan mata ialah Iraq, dimana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut  terus tiada nilai.
·    Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.
Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang saja.
·    Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - 200.00.  Jangan malukan diri anda lagi.
·    Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terjejas.
·    Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com 
Susut nilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak nampak.. yang kita nampak kertas aku makin banyak.
·    Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100,000.00 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100.00 saja!  Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..

No comments:

Post a Comment