blog visits up-to-date

Wednesday, February 17, 2010

Bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia?


Bagaimana cara melihat dan mengira harga emas semasa dunia dan juga Malaysia?

Laman web paling terkenal untuk melihat harga emas semasa dunia ialah di www.kitco.com bagi pasaran emas New York spot gold, harga emas berubah setiap saat dan setiap minit.

Sebagai contoh, jika anda lihat jadual di bawah,

pada 24 Dec 2009, harga emas di Pasaran Spot Gold New York ditutup pada USD1105.20/Oz

1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.
Dengan andaian 1 USD = RM3.53
maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 24 Dec 2009 ialah:
RM3901.36 untuk 1 Oz/31.10 gram
atau bersamaan RM125.44 sen/gram

Memandangkan perbezaan waktu antara Malaysia dan New York, saya akan ambil harga emas Malaysia pada 24 Dec 2009.

Pada 24/12/2009 – Harga Emas Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia ialah RM3,902.00/Oz.
ini bersamaan RM125.47 per gram.

Ingin saya nyatakan bahawa harga pasaran Emas dunia New york tidak boleh disamakan dengan harga emas harian Bank Negara.

Kita boleh anggap harga emas New York Spot Gold adalah lebih kepada harga pengeluar emas.

Harga emas Bank negara pula dikemaskini setiap hari bekerja manakala harga emas di kedai emas Poh Win biasanya dikemaskini seminggu sekali.

Dalam konteks harga emas Malaysia (emas fizikal), kita boleh merujuk kepada 2 website utama bank yang terlibat dengan penjualan emas fizikal iaitu bank Negara Malaysia dan UOB Bank.

1. Laman web Bank Negara malaysia (Kijang Emas price)

2. Laman web UOB Bank (Gold coin dan bullion price)
di: http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold
Jika anda nak tahu harga emas per gram, anda ambil nilai jualan 1 troy ounce/ Oz dan bahagikan dengan 31.10
Ini kerana 1 troy ounce/ Oz bersamaan 31.10 gram.

Contoh:
Harga Emas Aust Nugget UOB Bank 20/6/2008 ialah RM3052.00

Jadi harga emas se gram pada 20/6/208 bersamaan
RM3052/31.10 = RM98.14 se gram.

Soalan: Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?

Memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.

Justeru, anda akan dapati harga emas di bank negara dan kedai emas tidak sama. Begitu juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank. Mereka mempunyai harga harian sendiri. Kalau nak tahu harga harian mereka, kena telefon ke bank berkenaan.

Bagi kes Gold Saving Passbook (samada Maybank atau Public bank), anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. Ini kerana gold saving passbook tak deal dengan emas fizikal, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pengangkutan tiada atau minimum.

Ok, itu sahaja. Semoga anda lebih memahami tentang bagaimana menyemak / mengira harga emas dunia dan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment