Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, kebetulan ada masa sedikit untuk saya update blog ini sebelum bercuti mendaki Gunung Kinabalu hari Jumaat ni.
OK artikel kali ini saya nak cerita pasal gred-gred emas yang ada di Malaysia ini. maklumat ini berguna jika anda peminat barang kemas dan nak tahu di mana kedudukan/ranking gred emas ini, yang mana lebih berkualiti…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Kadang-kadang ada penjual yang beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya. Ada barang kemas yang dicop kempa 916 tetapi dijual dengan harga emas gred 835….
OK ini grednya. Gred emas tertinggi (paling berkualiti sebab kandungan emas tinggi) adalah yang berada di atas. Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.
GRED EMAS …………… KARAT NO
999.9 24K
999 24K
950 23K (emas tarik)
916 22K
875 21K
835 20K
800 19k (emas paun)
750 18k
585 14k (emas campur)
375 9k (suasa)
Dalam hal ini gred emas terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini
http://www.fgjam.org.my/
No comments:
Post a Comment