blog visits up-to-date

Monday, February 8, 2010

Pasaran Saham Bergerak Cergas

Pagi tadi sempat tengok berita ekonomi luar negara. Dilaporkan hampir semua saham luar negara bergerak cergas mungkin disebabkan faktor pengukuhan nilai dolar Amerika. Para pelabur dalam keadaan berjaga-jaga kerana terdapat laporan ekonomi yang akan diumumkan dalam minggu ini. Harga komoditi dijangka kekal rendah pada minggu ini (meaning harga pasaran masih ditahap rendah <-- masa terbaik membeli emas). Namun keadaan ini tidak dipastikan dapat bertahan berapa lama memandangkan masa hampir mendekati Tahun Baru Cina. Ramalan mengatakan harga komoditi akan meningkat sejurus Tahun Baru Cina. Kita sama-sama ikuti perkembangan ekonomi dunia agar dapat membuat jangkaan dan analisis dengan tepat.

Bagi yang masih belum memiliki emas, sekarang masa terbaik untuk menyimpan emas. Semalam saya sempat tempah dalam 13k. Simpanan sebelum berlaku kejutan harga selepas Tahun Baru Cina. Ingin memiliki emas hubungi saya 019-8586658 / jutawanmudagold@gmail.com

~ Keputusan Bijak Di Tangan Anda ~ 

Wednesday, February 3, 2010

Harga emas akan naik bermula Ogos ini?

Salam sejahtera,

Ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas :)
.
Untuk tujuan ini saya telah merujuk kepada artikel daripada laman web www.usagold.com . Pemilik laman web ini ialah Michael J. Kosares. Beliau merupakan penulis buku “The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold“. 

Bagi beliau, masa terbaik untuk membeli emas ialah daripada bulan Jun dan Julai. Anda boleh baca artikel berkenaan di http://www.usagold.com/analysis/doldrums-2008.html. Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu 6 bulan dari sekarang). 

Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2007.
Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.

Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2008
 
Daripada graf harga emas sepanjang 7 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun. Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas. Semoga anda kini mendapat ilham.

Berikut adalah forecast harga emas untuk tahun 2010...




Keputusan yang bijak di tangan ANDA!~

Tuesday, February 2, 2010

Tips: Membuat keuntungan dengan emas fizikal

Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.

emas-fizikal
Teknik ini utk pemegang emas fizikal sahaja, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda. Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat :( 


Untuk pengetahuan anda semua, saya seringkali menerima soalan seperti berikut:
“Sesuai ker saya beli emas sekarang nie? Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:
“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah? Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

Jawapannya:

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya. Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.
public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung. Sebab boleh gi pajak. GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Pajak memang sah tak boleh.
Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung. Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.
Teknik 1:  Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.
Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.
Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.
Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita :)


kenaikan_harga_small
Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.


kenaikan_harga_2_small
Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)
Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie. No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas :)


p/s: Kalau rasa susah nak paham teknik nie, sila baca details kat sini:
http://www.knizambiz.com/teknik-pelaburan-emas/bagaimana-saya-melakukan-teknik-pelaburan-jangka-pendek.html

Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah. Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1. Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu. So pastikan ada tunai di tangan, just in case.

Tips lain: Bagaimana nak tahu masa terbaik untuk membeli emas?

Kalau anda tak tahu timing membeli emas, jangan risau..

http://pampsuisse.blogspot.com/
Diorang nie murah ilmu. Orang yang murah ilmu nie murah rezeki.

 Kesimpulan:

1. Beli emas fizikal nie tak rugi, walaupun harganya tinggi
2. Emas fizikal nie banyak kali lebih baik dari membeli emas melalui akaun GIA atau Maybank GSPA.
3. Semakin tinggi ilmu anda, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi ( emas + ilmu = banyak duit)